Cart 0

B9G6FREE Promo Bundle - Buy 9 Get 6 FREE

RM 146.10 RM 24,350.00

Penjimatan Hebat! Beli 9 pek dan Dapatkan 6 pek PERCUMA! Penjimatan sebanyak 40%!

Nasi Biryani Ayam, Nasi Biryani Kambing dan Nasi Arab Ayam Kabsah yang dimasak dengan beras basmati berkualiti tinggi dan ketulan daging ayam dan kambing dalam rempah ratus asli. Pasti Lazat dan Menyelerakan!

Satu pek 290g cukup untuk memuaskan dan menghilangkan rasa lapar seorang dewasa. Cubalah, tatkala anda tuangkan ke dalam pinggan, anda pasti teruja melihat biryani yang berbau harum dan juga memenuhi pinggan. Dengan pakej ini, dapatkan 15 pek untuk keperluan makanan Halal anda.

Sangat sesuai untuk dibawa melancong atau kerja ke luar negara. Tahan selama 2 tahun, hanya simpan di tempat teduh dan kering seperti di dalam almari, kabinet dapur mahupun di dalam beg galas atau kereta. 

Ketika pengembaraan pek mudah MyChef boleh dihangat terus menggunakan mikrowave selama hanya 60 saat. Atau rendamkan di dalam air panas selama 3 minit. Nikmati hidangan hangat di mana saja anda berada - atas gunung, dalam perkhemahan atau dalam perantauan di negara orang.


Soalan Biasa:


  • Masih kena masak kah?

Tak perlu dimasak. Hidangan sudah siap dimasak di dalam pek, boleh terus dimakan jika tidak kesah makan nasi yang sejuk. Namun pastinya lebih sedap dan menyelerakan jika di hangatkan sebentar sebelum di makan.


  • Dalam pek ada nasi, ada ayam/kambing?

Ya betul. Ada nasi ada ayam/kambing semua siap dimasak. Hanya tunggu untuk dimakan.


  • Kena simpan dalam peti sejuk?

Tidak perlu. Teknologi 'retort' yang kami gunakan membolehkan makanan dipek dan disimpan selama 2 tahun tanpa perlu menggunakan peti sejuk. Semua ini tanpa menggunakan pengawet kimia yang pastinya bakal menjejaskan kesihatan anda.


  • Boleh dibawa travel?

Boleh. Sangat sesuai bawa dalam bagasi anda untuk dimakan di negara luar yang mungkin sukar atau mahal untuk mendapatkan makanan Halal. Kami tahu anda sebagai rakyat Malaysia pasti inginkan makanan yang mengingatkan anda dengan Malaysia ketika mengembara. Namun sila patuhi undang-undang negara yang bakal anda lawati.