Cart 0

RTJ Special Deal - MyChef Nasi Putih Kukus 600g - Untuk 3 orang Dewasa

RM 15.30

UNTUK AHLI RTJ SAHAJA - 15% DISKAUN TAMBAHAN!

Dapatkan Tawaran Nilai Hebat Khas untuk Ahli FB Group Road To Japan. Belum jadi ahli? Sila join di Road To Japan FB Group


Nasi Putih Kukus dimasak dimasak menggunakan beras wangi kualiti tinggi dan dikukus hingga sempurna!

Satu pek 600g cukup untuk memuaskan dan menghilangkan rasa lapar 3 orang dewasa. Cubalah, tatkala anda tuangkan ke dalam pinggan, anda pasti teruja melihat nasi putih kukus yang berbau harum dan juga memenuhi pinggan.

Sangat sesuai untuk dibawa melancong atau kerja ke luar negara. Tahan selama 2 tahun, hanya simpan di tempat teduh dan kering seperti di dalam almari, kabinet dapur mahupun di dalam beg galas atau kereta. 

Ketika pengembaraan hidangan ini boleh dituangkan ke dalam pinggan dan dihangatkan menggunakan mikrowave selama hanya 60 saat. Atau pek ini direndamkan di dalam air panas selama 3 minit. Nikmati hidangan hangat di mana saja anda berada - atas gunung, dalam perkhemahan atau dalam perantauan di negara orang.


Soalan Biasa:


  • Masih kena masak kah?

Tak perlu dimasak. Hidangan sudah siap dimasak di dalam pek, boleh terus dimakan jika tidak kesah makan nasi yang sejuk. Namun pastinya lebih sedap dan menyelerakan jika di hangatkan sebentar sebelum di makan.


  • Dalam pek ada nasi dah siap masak?

Ya betul. Ada nasi siap dimasak. Hanya tunggu untuk dimakan.


  • Kena simpan dalam peti sejuk?

Tidak perlu. Teknologi 'retort' yang kami gunakan membolehkan makanan dipek dan disimpan selama 2 tahun tanpa perlu menggunakan peti sejuk. Semua ini tanpa menggunakan pengawet kimia yang pastinya bakal menjejaskan kesihatan anda.


  • Boleh dibawa travel?

Boleh. Sangat sesuai bawa dalam bagasi anda untuk dimakan di negara luar yang mungkin sukar atau mahal untuk mendapatkan makanan Halal. Orang Malaysia dan Nasi Putih tidak boleh dipisahkan. Namun sila patuhi undang-undang negara yang bakal anda lawati.